Thursday, January 23, 2014

STRESS DAN DARAH TINGGI

Posted by DazzlingVitamin  |  No comments

Hipertensi ataupun tekanan darah berlaku apabila tekanan darah di dalam arteri meningkat. Peningkatan ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah supaya dapat dihantar ke seluruh bahagian tubuh badan manusia. Tekanan darah melibatkan dua pengukuran iaitu sistolik dan diastolic.Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Tekanan darah yang normal adalah 120/80mg di mana 120 adalah bacaan sistolik manakala 80 adalah bacaan diastolik dan bacaan ini boleh salah satu atau kedua-dua nombor tersebut menjadi terlalu tinggi.

 Terdapat pelbagai factor yang mempengaruhi tekanan darah termasuklah:

  • paras hormone dalam tubuh
  • peningkatan usia yang yang menyebabkan salur darah mengeras
  • berat badan yang melampau (obesity)
  • sentiasa stress dan bimbang
  • merokok
  • diabetes
  • alkoholisme
  • diet tinggi garam
  • Faktor keturunan dan sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan & merokok


Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan pelbagai komplikasi terhadap tubuh kita. Antaranya adalah :

Otak : Serangan Stroke/ Angin Ahmar atau stroke ringan dan sementara (Transient Inchaemic Attack)

Penyakit jantung: Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematain yang disebabkan oleh Coronary Heart Disease dan sebagainya

Peripheral Vascular Disease: Aneurysm, kehilangan satu atau lebih denyut nadi dan pembuluh darah menjadi keras.

 
Secara umumnya hipertensi ialah keadaan bukan penyakit dan boleh dirawat sekiranya kita mengamalkan :


  • minum air dalam kuantiti yang banyak ( kerap minum bukan sekali minum je)
  • bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari
  • berhenti merokok atau pengambilan alkohol
  • makan makanan yang tinggi serat dan kalium ( sejenis  mineral yang merendahkan tekanan dan merangsang fungsi neuromuscular)
  • mengurangkan pengambilan garam. Ketidakseimbangan garam memburukkan tekanan darah.
  • kawal stress dan amalkan yoga dan meditasi
  • mengurangkan berat badan berlebihan secara selamat
  • mengamalkan makanan yang seimbang dan rendah kolestrol

11:54:00 PM Share:
About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

Proudly Powered by Blogger.
back to top