Tuesday, September 30, 2014

Penyelesaian Pada Masalah Sukar Tidur Malam. Macam mana saya atasinya?

Posted by DazzlingVitamin  |  No comments

Hai semua, apa khabar hari ini?
Tidur nyenyak ke malam tadi?
Ke dah berjam-jam baring tapi masih sukar tidur?
Anak tak sihat, kena stayback kat opis, esok ada presentation penting, sebab tu la malam tadi tak dapat lena cukup yer.
Cik puan tuan semua pun tahu kan tidur yang cukup dan berkualiti adalah antara faktor penting untuk kesihatan yang baik selain dari makan makanan yang berkhasiat serta melakukan senaman. Dengan tidur, kita dapat merehatkan tubuh dan menjana semula tenaga yang telah hilang seharian kita bekerja. Semasa tidur fungsi-fungsi psikologi dalam tubuh akan bekerja untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal kita.

hmmmm..semalam saya tidur lambat juga..malam minggu kan. busy chatting dengan kawan2 sekolah rendah dahulu. macam2 kisah kami bualkan di alam maya. Antara yang paling menarik perhatian saya adalah salah seorg dari kawan kami sudah beberapa tahun tidak dapat tidur yang sempurna. Ini kerana dia telah biasa tidur lewat, berjaga hingga ke pagi untuk menyiapkan kerja2 (kawan saya ni adalah seorang arkitek). dah tahap insomnia dah brader ni rupanya.


 



Tidur yang cukup boleh didefinasikan sebagai tidur berkualiti dari segi kuantiti supaya kita boleh bangun keesokkan pagi dengan baik. Seorang dewasa memerlukan kira-kira lapan jam tidur setiap malam walaupun keperluan tidur  setiap individu adalah berlainan. Kanak--kanak dan bayi memerlukan tidur yang lebih dari 8jam sehari, tetapi selepas umur 4 tahun, kebanyakan kanak2 memerlukan sedikit tidur pada waktu siang hari.
Ramai orang tidak mendapat jumlah tidur ideal yang mereka perlukan. Bagi mereka yang mengalami gangguan tidur seperti narcolepsy dan penyakit-penyakit lain, rasa mengantuk waktu siang berlaku walaupun jumlah tidur waktu malam mencukupi.

Kajian mendapati bahawa kehilangan tidur terkumpul dari masa ke semasa yang membawa kepada "hutang tidur. " Tidur yang lebih baik yang tidak mencukupi boleh membawa kepada masalah kesihatan mental dan fizikal, tenaga yang rendah dan masalah daya ingatan . Corak tidur yang normal boleh terganggu oleh banyak faktor , termasuk:    

  • stress atau  tekanan
  • permintaan keluarga atau jadual kerja yang terlalu sibuk
  •  pengaruh hormon dan perubahan suhu badan teras (contohnya, semasa ovulasi atau haid atau hot flashes dan berpeluh malam disebabkan oleh menopaus)     
  • diet , yang boleh menurunkan suhu badan wanita     
  • kehamilan , yang boleh menyebabkan sakit badan, loya, kejang kaki , pergerakan bayi dalam kandungan dan pedih ulu hati     
  • gangguan tidur intrinsik seperti apnea tidur dan kemurungan yang melampau
  • tidak tidur langsung dan kepenatan


Bagaimana untuk dapat tidur yang berkualiti?

Jom saya kongsikan 7 cara yang boleh kita lakukan untuk mendapat tidur yang best

1)  Pilih katil dan tilam yang bagus
Pastikan tilam tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Cari tilam yang dapat menyokong tulang belakang menmgikut postur tidur yang betul. Jangan terlalu berkira untuk membeli tilam yang best (tryla tilam SRI MAHARAJA KING KOIL, best hokay :) )

2) Sentiasa bersenam
 Bersenam dapat mengurangkan tekanan. Waktu yang sesuai untuk melakukan senaman adalah lewat petang dan awal pagi. Apabila kita bersenam kita boleh membantu diri memindahkan tekanan siang hari kepada ketenangan di malam hari.

3) Tidur yang berKUALITI bukan KUANTITI masa tidur
 Tidur yang nyenyak yang berkualiti selama enam jam sudah cukup membuatkan badan kita rileks daripada tidur yang lebih panjang tetapi diganngu dengan bunti bising dan gangguan cahaya terang.

4) JANGAN tidur dalam keadaan perut lapar atau terlalu kenyang!
Makan malam yang berat akan menyebabkan sistem percernaan terpaksa buat "overtime". Cubaan tidur dengan perut lapar pula akan menyebabkan perut mengeluarkan bunyi-bunyian yang akan menggangu proses tidur. Oleh itu jangan la skip makan malam yer. Seeloknya makan sebelum jam 8 malam supaya perut ada masa cukup untuk memproses makanan kita sebelum kita masuk tidur :)

5) Tidur pada masa yang tetap
Sentiasa tidur pada waktu yang sama kita tidur setiap hari walaupun pada hujung minggu. Ini supaya badan dapat kekal berehat mengikut 'biological clock'kita sendiri. Jika kita perlu outstation dan pola tidur kita terganggu (tidur lewat ), segera la pulihkan masa tidur kita secepat mungkin setelah kita kembali pada rutin harian.

6) JANGAN minum air berKAFIEN
Elakkan dari mengambil minuman berkafien beberapa jam sebelum waktu tidur. Pengambila kafien lewat malam dan alkohol akan menyebabkan kita sukar untuk tidur. Waktu berjaga kita pun akan menjadi lebih panjang. Penat bukan?

7) Ketepikan masalah
Ini adalah yang paling sukar untuk saya sendiri dilakukan...hihihi.. Orang -orang seperti saya sangat suka berfikir segala macam perkara sebelum tidur. Lupakan dulu masalah negara, tidur nyenyak, mimpi yang indah-indah je. Bangun esok baru fikir semula, boleh?

Apa yang saya buat setiap hari sebelum tidur?

Tadaaaaaaa!
Biasanya saya akan telan 1 biji vitamin B complex bersama 4 biji Ostematrix.

Kenapa saya perlukan mereka ini?
Sebab mereka ni rakan baik untuk saya dapat tidur yang best setiap hari. Mempunyai anak kecil yang menyusu badan memang membuatkan saya akan kerap bangun di tengah-tengah malam setiap hari. Saya mengambil set ini setiap hari dan kesannya saya masih bertenaga dan cergas apabila bangun keesokkan harinya. Lebih senang bangun pagi tau :)

Kalau awak semua nak tahu, vitamin B5 dan B6 dalam  B Complex  membantu penghasilan hormon endorfin dalam badan, hormon yang buat kita happy dan memberikan mood yang baik tau. Pengambilan yang konsisten setiap hari dapat mengurangkan stress. Saya panggil vitamin ni vitamin anti tekanan :) 

Ostematrix bagus untuk dapatkan tidur tanpa gangguan. Kita akan bangun dengan lebih bertenaga dan fresh! Insyaallah masalah insomnia akan dapat diatasi.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa paras kalsium adalah  lebih tinggi semasa kita sedang nyenyak. Gangguan semasa tidur terutamanya ketika 'rapid eye movement' (REM) adalah sangatlah berkait rapat dengan kekurangan kalsium dalam tubuh. Oleh itu untuk mengembalikan semula tidur kita yang normal, memang sangat perlu untuk kita cukupkan pengambilan kalsium sebagai salah satu langkah merawat.


Kalau adik, kakak, abang, cik puan tuan nak dapatkan Set Sukar Tidur macam saya, boleh hubungi saya seperti details di bawah. Jangan segan-segan nak tanya kalau mahukan lebih penerangan. Insyallah saya akan bantu hingga anda faham dan gembira :)

Puan Fazni Muhamad Puad
019-2667817 
COD di kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Puncak Jalil, Equine Park, Lestari Perdana, Dengkil, Sepang.
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

7:00:00 AM Share:
About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

Proudly Powered by Blogger.
back to top