Tuesday, October 14, 2014

Cabaran Entry 7 Hari Day 3 Harta Karun dalam Handbag Saya :)

Posted by DazzlingVitamin  |  No comments

Fuhhhh!! Entry yang paling simple nak tulis ni. Apa yang ada dalam handbag saya? Erm, setiap lokasi tertentu, saya akan bawa beg yang berlainan kerana harta karun di dalamnya perlu disesuaikan dengan lokasi dan tujuan. Untuk kali ni, saya nak selongkar handbag opis sebab masa tulis entry ni saya baru balik kerja.
 
Jom, cekiiidout!
 
 
 
Bahan-bahan dalam handbag saya terdiri daripada
 
1) Wrislet (tempat simpan segala mak nenek kad, duit, resit shopping)
2) Motor Pam Susu brand Medela (dah lebih 3 tahun saya usung pam ni ke mana sahaja since anak sulung. Nowmasih fully breastfeed anak kedua yang berumur 1 tahun 6 bulan)
3) Charger henpon S4 (bateri asiq kong je sebab xpernah off data & wifi)
4) Kotak Vitamin Shaklee ( supaya xlupa nak makan vitamin ikut time)
5) Handphone cap Samsung S4
6) Lip Balm brand Mary Kay & Tinted Lipbalm brand Lip Ice (bibir saya ni sangat la sensitif. silap guna lipstick, memang abis la mengelupas. so 2 ketul ni jela yang bibir saya nak bertolak ansur)

Beg makeup memang tak pernah bawa pi opis. Bersolek pagi2 nak pi kerja jela..lepas solat pakai bedak baby yang ada kt opis je..senang kan?
 
**gambar hp xder la sebab saya guna untuk snap gambar kat bawah ni kan :)
 
 
Sikit je kan? Walaupun takder barang sangat, saya tetap xjumpa cari kunci kereta kat dalam beg ni..hihi. Ini jela yang saya usung pergi keje setiap hari. Tapi kalau selongkar handbag keluar jalan ngan anak-anak, lain pula bahan-bahan kat dalamnya. Lagi macam2 kat dalam tu macam tisu basah, getah ikat rambut, mainan, stok makanan dan serba mak nenek lain lagi la:)


Tak sabar nak share entry Day 4..kalau nak tau pasal apa lak, tungguuuuu naaa.
 
 
 

Nak dapatkan Shaklee?
Hubungi saya
Fazni Fahmi
019-2667817
COD Putrajaya, Putrajaya Sentral, Cyberjaya, Seri Kembangan, Dengkil
Penghantaran ke seluruh Malaysia

4:23:00 PM Share:
About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

Proudly Powered by Blogger.
back to top