Wednesday, October 15, 2014

Cheesy Chicken Meatball Sedap Lagi Lazat! Cabaran 7 Hari Entry : Day 5

Posted by DazzlingVitamin  |  3 comments

Pejam celik hari ni dah cabaran hari ke 5. Tajuk kali ini adalah Menu Masakan Homemade Saya dan saya sangat gembira nak berkongsi resepi kali ini.
Sejak dua menjak saya join group FB tentang masak-memasak ni, graf keseronokan di dapur semakin meningkat. Asal ada resepi baru yang Nampak lazat je, mesti saya nak cuba. Untuk topickkali ini, saya ingin berkongsi dengan semua bagaimana menyediakan Cheesy Chicken Meatball yang sangat lazat dan mengecurkan liur melihatkan lelehan keju..hihihi..

Resepi  Cheesy Chicken Meatball Homemade

Bahan-bahannya
15-20 ketul bebola ayam (saya buat sendiri..homemade gitew..nanti saya kongsi cara buat yer)
3 ketul sosej (dipotong bulat)
Sos Carbonara cap Prego
Whipping Cream
Bawang Holland (dipotong dadu)
Cauliflower
Capsicum Merah & Hijau (lada benggala)
Cheddar Cheese & Mozarella Cheese
Sedikit Olive Oil (untuk menumis)
Bahan-bahannya. Simple je kan?

Cara-cara memasak :
  • Panaskan non frying pan.
  • Tumis bawang Holland hingga bertukar warna keemasan.
  • Masukkan Whipping Cream dan Sos Carbonara ke dalamnya. Kacau hingga agak-agak mendidih.
  • Kemudian masukkan chicken meatball, sosej, cauliflower dan capsicum. Kacau rata sehingga separuh masak. Tutup api dan ketepikan sebentar.
  • Sementara itu, sapu dalaman loyang pembakar dengan sedikit butter.
  • Tuang separuh bahan-bahan yang dimasak tadi ke dalam loyang.
  • Lapiskan dengan beberapa keping Cheedar Cheese.
  • Ulang proses ini dengan separuh lagi bahan-bahan yang dimasak. Tutup permukaannya dengan beberapa keeping Cheedar Cheese.
  • Akhir sekali taburkan Mozarella Cheese hingga menutupi permukaan bekas. Lagi banyak cheese, lagi sedap kan :)
  • Bakar selama 20 hingga 25 minit dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180-200 C (api atas bawah)
  • SIAP untuk dihidang dan dimakan.

Step By Step menyediakannya
  
lagi dan lagi

.
..
...
....
......
........
..........
Hasil akhir
Tadaaaaaaa..beginilah rupanya

Jomla cuba!! sekali makan pasti nak lagi tau :)

Anda juga mungkin berminat untuk mencuba:
***********************************************************************************************

Sekiranya anda berminat untuk cuba produk Shaklee, boleh hubungi saya:
Puan Fazni Muhamad Puad
019-2667817 
COD di kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Puncak Jalil, Equine Park, Lestari Perdana, Dengkil, Sepang.
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!

10:07:00 PM Share:
About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

3 comments:

Get updates in your email box
Complete the form below, and we'll send you the best coupons.

Deliver via FeedBurner
Proudly Powered by Blogger.
back to top