Selamat tengahari..salam hari Jumaat yang penuh barakah..mood cuti Raya Qurban dan ON ni..pagi-pagi dah turun ke dapur sebab nak test resepi baru..semangat..hihi
Menu sarapan pagi ini adalah Egg Vege Muffins. Jom kita tengok2 bahan-bahannya.
5 biji telur gred B
2 keping Cheesedale (ikut suka nak letak banyak mana pun)
1/2 batang carrot (dipotong dadu kecil)
Sedikit brokoli (dipotong kecil)
Sedikit cauliflower (dipotong kecil)
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam (ikut suka nak letak)
1. Potong sayur-sayuran tersebut. 2.Masukkan ke dalam acuan seperti di bawah.
3. Taburkan kepingan cheese ke atas sayuran tersebut dan ketepikan sekejap.
4. Di dalam bekas lain, pukul telur hingga hancur, perasakan dengan sedikit garam.
5. Tuang telur tadi ke dalam acuan hingga menutupi sayuran tadi (jangan sampai penuh, nanti melimpah)
6. Masukkan ke dalam oven yang telah sedia dipanaskan. Bakar selama 20-25 minit dengan api atas bawah, suhu 180-200 °C.
Tunggu sejuk dan hidangkan.
Senang je kan?? Syok tengok Rapunzel makan tadi..happy tengok anak makan beriya (anak saya yg ni sgt cerewet bab makan) :)
0 comments: