Tuesday, November 26, 2013

PANDUAN MEMBELI SECARA ONLINE.........JADILAH PEMBELI YANG BIJAK BUKAN PEMBELI TEGAR!!!

Posted by chikmie  |  No comments

Pembelian barangan kesihatan secara online telah menjadi kebiasaan kepada rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini. Jika dibandingkan 10 tahun lalu, kita seperti tidak percaya dengan  produk atau perkhidmatan yang tawarkan secara atas talian ini.  Apa saja barangan dan perkhidmatan namakan saja, semua boleh dapat secara online.  Di sini saya kongsikan tips dan pengalaman saya semasa berurusan atau membuat pembelian secara atas talian.

Panduan Pembelian secara online.
  1. Pastikan barangan atau perkhidmatan yang anda ingin beli merupakan keperluan dan bukan kehendak. Jadi membazir membeli barang yang anda tidak perlu atau guna.
  2. Sila lihat website yang menawarkan barangan dan perkhidmatan tersebut adalah penjual tulen. Bukan penipu atau menyamar untuk dapatkan wang anda.
  3. Buat sedikit kajian pasaran berkenaan barangan dan perkhidmatan yang akan dibeli. Lihat di laman web lain yang menawarkan barangan yang sama.
  4. Harga adalah penting kerana penjual perlu bersaing dengan penjual lain yang menjual barangan dan perkhidmatan yang sama
  5. Jangan lupa tanya berkenaan free gift . It's Malaysian style lol...... 
  6.  Pastikan barangan tersebut dipos ke alamat yang betul.
(Panduan ini adalah asas untuk membeli barang dan perkhidmatan secara atas talian. Penulis tidak bertanggujawab atas kesilapan dan kesalahan yang anda lakukan semasa membuat pembelian atas talian.)


Panduan untuk membeli barangan kesihatan di atas talian.

  1. Panduan asas adalah sama seperti di atas.
  2. Penjual produk kesihatan perlu bertanggungjawab  mendidik dan memberi panduan yang jelas dan lengkap ke atas produk yang dijual. Ingat penjual jangan hanya menjual untuk dapat keuntungan tetapi kepuasan pembeli juga perlu diutamakan.
  3. Pembeli mempunyai pelbagai saluran untuk membeli barangan ini. Nasihat saya untuk produk kesihatan ini adalah bacaan dan kajian lanjut perlu dibuat sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli dan mengambil sesuatu produk.
  4. Dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan bagi memastikan produk tersebut selamat untuk diambil. Testimoni pengguna adalah pengalaman individu tersebut dan bukannya sama bagi setiap orang. Walau bagaimanapun jika ramai orang yang mengambil produk tersebut dan kesanya sama, mungkin produk tersebut boleh dipercayai.
  5. Ambil produk yang mendapat pengiktirafan dan kelulusan badan berkuasa. Awas barangan tiruan....
  6. Beli barang dari orang yang anda kenal dahulu. Kemudiaan lihat penjual yang mempunyai review yang baik dari pembeli lain,,,,
  7. Jadilah pembeli yang bijak......
( Ini merupakan panduan asas sahaja. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas perkara yang berlaku akibat pengambilan produk kesihatan tersebut)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fazni Fahmi (No. ID: 954061)
FB Fazni Fahmi 
sms/whatsapp 019.266.78.17
Email: fazz817@gmail.com 
COD area: Putrajaya, Cyberjaya, Equine, Alamanda, Putrajaya Central 
                              Fan Page : Dazzling Vitamin Shoppe
                             BLOG : dazzlingvitamin.blogspot.com




10:04:00 PM Share:
About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

Proudly Powered by Blogger.
back to top