Wednesday, November 20, 2013

Badan Cergas Minda Sihat

Posted by chikmie  |  No comments

Berat Badan Yang Ideal

Gambar Sekadar Hiasan

    Dunia hari ini lebih mencabar dari tahun-tahun yang dulu.  Jika ditanya kekayaan dan kesihatan yang mana lebih penting, kebanyakan kita memilih kekayaan walhal badan yang sihat merupakan harta yang tak ternilai. Badan yang cergas akan melahirkan minda yang sihat.  
   
    Minggu lepas saya sempat menonton satu program kesihatan yang mana saya rasa bagus untuk dikongsi bersama.  Kehidupan  yang mencabar memerlukan kita membuat keputusan yang sukar. Dalam program tersebut diceritakan bahawa ramai di antara kita berlumba-lumba untuk mendapat bentuk tubuh yang menarik dan cantik terutamanya wanita. Saya setuju bentuk badan yang menarik merupakan aset bagi wanita. Malah program-program  yang ditawarkan ini "dipercayai" boleh menjamin mendapat bentuk badan yang menarik dan seksi. Dengan kata lain kita cuba untuk memindahkan masalah kita untuk diselesaikan oleh orang lain. Malah kita juga perlu ingat program-program ini bukan murah malah ada yang mencecah ribuan ringgit !!!!

    Pada saya dengan menyertai program-progran kesihatan ini bukannya penyelesaian yang baik. Ia perlu datang dari minda kita sendiri. Kita perlu ubah cara pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat. Kalau sertai program untuk kurus tetapi hari-hari makan nasi biryani, macam mana nak kurus.  Program-program ini cuma merupakan alat membantu kita mencapai matlamat tetapi yang lebih penting badan dan minda kita perlu berubah untuk menjadi lebih baik.

   Pengambilan Diet yang seimbang dan senaman yang sesuai membantu kita mendapatkan berat yang menarik. Namun kita perlu ingat makanan yang kita makan hari ini bukan seperti makanan yang disediakan oleh datuk moyang kita yang dulu. Cara penyediaan makanan dan kandungan makanan pada hari ini memerlukan kita untuk mendapatkan vitamin tambahan bagi mendapatkan tubuh yang sihat.

Supplements

Vitamin atau supplement yang baik adalah yang buat dari bahan semulajadi terutamanya dari tumbuh-tumbuhan. Untuk makluman dipasaran terdapat supplement dari organic, semulajadi atau sintetik ? Pilihlah vitamin yang sesuai dengan poket kita . Buatlah sedikit carian dan kajian di intenet, pilihlah yang terbaik. Anda apa yang anda makan !!!!
 

 

4:35:00 PM Share:
About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

Get updates in your email box
Complete the form below, and we'll send you the best coupons.

Deliver via FeedBurner
Proudly Powered by Blogger.
back to top