Wednesday, July 31, 2013

Makanan dan Gaya Hidup

Posted by chikmie  |  No comments

Makan untuk hidup atau hidup untuk makan ?


Cuba kita tanya diri kita adakah kita makan untuk hidup atau hidup untuk makan. Kita makan pelbagai jenis makanan kesukaan dan mengikut minat kita. Tak kira waktu dan masa. Pemakanan yang baik adalah berjadual dan mengikut masa . Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Pengambilan pelbagai jenis makanan juga perlu mengambilkira berat badan dan aktiviti fizikal yang kita lakukan. Keseimbangan antara aktiviti dan pengambilan makanan perlu diutamakan. Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol. 

Dunia moden sekarang ini membataskan kita untuk makan makanan yang berkhasiat. Kesibukan kerja dan masa yang berlalu dengan pantas memerlukan pengambilan vitamin dan supliment bagi mengekalkan kesihatan diri. Tapi pegambilan ini bukan bermakna kita tidak perlu melakukan aktiviti fizikal ... Aktiviti fizikal yang dilakukan perlu mengikut kemampuan diri masing-masing perlu juga diteruskan. Mengemas rumah dan membasuh kereta juga dapat mengeluarkan peluh. Janji kita lakukan aktiviti fizikal yang berfaedah dan sihat. 

(Peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan)


4:17:00 PM Share:
About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

Proudly Powered by Blogger.
back to top