Tuesday, October 14, 2014

Cabaran 7 Hari Entry | Day 4 | Vitamin pertama Shaklee yang buat saya terjebak hingga hari ini. Sekali cuba terus jatuh cinta

Posted by DazzlingVitamin  |  1 comment

Vitamin Shaklee buatkan saya terjebak hingga ke hari ini. Kisah ini bermula semasa dalam pantang anak pertama lagi sebenarnya. Saya beli set trial menyusu dari seorang kawan sekolej di Uni. Set menyusu ni terdiri daripada Vitalea, Vit C, B Complex, Osteomatrix dan Alfafa.
 
 
Vitamin pertama saya
 
 
Saya dipengaruhi oleh konon-kononnya bila makan vitamin, susu mencurah-curah la..tapi mujurla saya sedar kalau setakat makan vitamin macam makan nasi, pam tak konsisten, jangan harap la. Walapun begitu, saya tetap makan sehari je vitamin, skip makan 2 3 hari. Set trial sepatutnya untuk habiskan dalam masa sebulan tapi saya ambil masa hamper dua bulan..hihii.. Cerita saya dan vitamin Shaklee tamat macam tu sahaja. Boleh saya katakan rugi jugala saya makan main-main je..Kesan yang baik tu, saya lambat dapat. Walaupun begitu, saya teruskan aktiviti mengepam dan menyusu mengikut supply dan demand. Alhamdulillah, susu semakin hari semakin banyak dan saya berjaya membuat stok yang sangat banyak dalam pantang. Syukur rezeki anak sulung berterusan hinggalah saya disahkan mengandung kali kedua.
 
 
 
Stok semasa berpantang
 
 
 
Episod cinta saya dengan Shaklee sebenar-benarnya bermula dengan pengambilan ESP sepanjang tempoh mengandung kali kedua ni. Sejak awal mengandung saya mencari-cari produk yang boleh saya amik setiap hari dan mudah disediakan. Pagi-pagi saya tak suka makan sangat tapi bila dah mengandung ni perut cepat sangat rasa lapar dan menggigil.  Senang cerita nak prepare tu ala-ala SHAKE ON THE GO jela...mudah disediakan, cepat kenyang. Pencarian ni membawa pertemuan saya dengan ESP. Sejak dari itu, setiap hari saya tidak lupa mengambil ESP sebelum sarapan. Buat pengetahuan semua, proses mengandung anak kedua ni sangatlah mengembirakan. Ini kerana saya langsung tidak merasa letih, penat walaupun seharian saya berulang alik dari Putrajaya ke Hospital Kuala Lumpur untuk bekerja, Bayangkan dengan perjalanan yang menempuh keadaan TRAFIK yang sentiasa SESAK (tersangkut dalam traffic jammed 2-3 jam setiap hari adalah perkara biasa), memandu KERETA MANUAL, SEDANG MENGANDUNG dan dalam masa yang sama MASIH MENYUSU anak sulung, perjalanan jauh ke tempat kerja ni sememangnya mencabar kekuatan tubuh saya. Alhamdulillah, sepanjang tempoh mengandung hingga bersalin saya sentiasa sihat. Memang takder la bengkak-bengkak kaki, sakit pinggang macam pengalaman mengandung anak pertama. Walaupun saya dah mula sukakan Shaklee, tapi hati saya masih belum terbuka untuk join jadi ahli..lambat sungguh la hai... :)
 
Inilah sebenarnya cinta hati Shaklee saya :)
 
 
 
 
 
Kepercayaan saya terhadap produk Shaklee diteruskan dengan mengambil set berpantang pula. Untuk anak kedua ini, saya hanya bergnatung 100% pada Vitamin-vitamin Shaklee untuk membantu memulihkan tubuh saya selama tempoh berpantang. Ditambah pula dengan keadaan baby yang ada jaundice, saya tak berani la mengambil jamu-jamu seperti anak sulung dahulu. Terima kasih pada kawan baik saya, Nurru Adila sebab pujuk saya supaya cuba berpantang sepenuhnya dengan Shaklee.
 
"Terima kasih Dilla sebab sponsor set berpantang saya selama sebulan".
 
Akhirnya saya terbuka hati untuk join jadi ahli dan terus makan vitamin-vitamin Shaklee hingga ke hari ini. Boleh dikatakan lebih dari separuh produk Shaklee saya dah cuba. Kesannya memang superb jika kita konsisten setiap hari.
 


Akhirnya saya gembiranyaaaaaa

 
 
So kepada cik puan tuan yang masih belum mencuba keBESTan vitamin Shaklee, boleh la memulakan langkah pertama. Pilih vitamin-vitamin yang sesuai dengan keperluan tubuh badan kita. saya berani jamin, Sekali cuba, terus akan jatuh cinta. PERCAYALAH :)
 
 
 
Nak cuba? Hubungi saya,
 
Puan Fazni Muhamad Puad
 
019-2667817 
COD di kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Puncak Jalil, Equine Park, Lestari Perdana, Dengkil, Sepang.
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!


 

Berminat menjadi AHLI SHAKLEE -------->> KLIK SINI
Nak baca Entry Day 2 saya? --------->> KLIK SINI
 
 

11:18:00 PM Share:
About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

1 comment:

  1. ESP cinta hati saya juga! Makan sebagai breakfast pagi2 :)

    ReplyDelete

Get updates in your email box
Complete the form below, and we'll send you the best coupons.

Deliver via FeedBurner
Proudly Powered by Blogger.
back to top