Sunday, October 12, 2014

Cabaran 7 Hari Entry | Day 2 | Percutian Idaman Saya

Posted by DazzlingVitamin  |  No comments

Hello semua! Bertemu lagi dalam cabaran hari ke 2, Percutian Idaman Saya. Hmmm, banyak sebenarnya tempat percutian yang diimpikan. Saya adalah seorang yang sangat suka melancong walaupun sepanjang hidup saya hanya berpeluang melawat ke 4 Negara sahaja iaitu Jepun, India, China dan Hong Kong. Tak banyak tempat pon lagi yang saya pernah sampai..hihihi..Bila tanya incik hubby mana nak pergi bercuti lepas ni, cepat je dia jawab nak pergi Jepun. Saya tanya dia, "kenapa u nak pergi sana"? .."sebab kat sana macam best je"..hahaha..boleh lak itu jawapan dia bagi.
 
Kalau tanya saya pula kenapa saya nak juga ke Jepun, mesti saya akan jawab saya tak puas masa pergi sana dulu. Saya xsempat nak merayap ke banyak tempat sebab masa yang suntuk. Ye la, bila pergi ada urusan kerja, masa nak berjalan-jalan tu terhad sangat. Dulu saya sempat pergi ke Gunma dan Tokyo je. So kalau ada rezeki nanti saya masih nak ke Tokyo semula dan ke Osaka serta Kyoto.
 
Jika dahulu saya pergi pada musim sejuk, xberapa nak best sebab of course la sejuk kan. Lecehla kena pakai segala winter coat dengan gloves lagi. Berat badan je nak berjalan..hahaha. Kalau boleh nanti nak pergi musim bunga Sakura la pulak. Saya dah berangan nak 'berkelah' di bawah pokok dikelilingi bunga Sakura  yang mekar cantik je. Sambil-sambil menganyam kisah masa depan dengan sang suami, alangkah romantisnya (sila jangan muntah yer..hihi).
 
 
 
sungguh menenangkan jiwa dikelilingi bunga sakura yang sangat cantik
 
 
 
Dalam kunjungan dahulu, saya tak sempat nak ke Disneyland Tokyo, so kali ni saya akan pastikan saya berjaya ke sana. Syok kot spend time kat dalam tu, boleh berangan jadi kanak-kanak semula. Pengalaman kat Disneyland Hong Kong dulu, membuatkan saya rasa nak pergi lagi ke tempat macam ni. Serius saya rasa enjoy sangat berada dalam dunia fantasi, boleh berangan macam 'princess' dan macam nak jadi kanak-kanak sampai bila-bila (adoi...macam iklan kat tv lak)
 




 
 
 
 Selain dari tu saya teringin nak ke Osaka, boleh tengok Istana Osaka. Cantik la istana ni, saya suka! Sungguh klasik, terbayang-bayang tinggal kat dalam ni :)



Cantiknyaaaaaaa..tengok real lagi best :)




Saya juga nak ke Kyoto sebab nak naik Sagano Romantic Train. kalau nak tau apa ni, sila gugel yer :)
 
 
Pemandangan menerusi tingkap keretapi
 

Cukuplah sampai di sini dahulu. Kalau nak ceritakan tempat percutian idaman saya, banyak lagi la..hihihi..bebila free nanti saya nak kongsikan pula pengalaman saya berada di negara-negara yang pernah sayan kunjungi. Bak kata orang-orang dahulu..jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman.


Jumpa lagi nanti di Entry Day 3. Jika belum baca entry Day 1 saya, boleh lak klik kat SINI.
Bye-bye.
 
 
 ===========================================================
 

 Nak dapatkan apa saja produk Shaklee? Hubungi saya, 

 
Puan Fazni Muhamad Puad


019-2667817 
COD di kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Puncak Jalil, Equine Park, Lestari Perdana, Dengkil, Sepang.
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!


 
 
 
 
 
 
 
 

12:01:00 AM Share:
About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

Proudly Powered by Blogger.
back to top