Friday, October 10, 2014

Cabaran 7 Hari Entry / 3 Fakta Menarik Tentang Saya

Posted by DazzlingVitamin  |  6 comments

Hi semua! Sebenarnya cabaran ni dah bermula beberapa hari yang lepas. Tapi saya baru nak kejar keretapi yang terlepas..hihi..So tajuk pertama untuk hari pertama cabaran ini adalah Fakta Menarik Tentang Saya. Jom kita tengok apa fakta tentang saya yang orang lain mungkin tidak tahu :)


Fakta#1

Ibu jari kanan saya tak sama dengan ibu jari kiri saya. Kenapa? tak percaya? Meh tengok gambar kat bawah ni. Apa yang korang nampak?



Pengedar Shaklee Putrajaya, Cyberjaya



Sebenarnya ramai juga kawan-kawan dari zaman sekolah saya yang xperasan pun dengan kelainan ibu jari saya ni. Ibu jari saya ni kalau sekali pandang macam bentuk LOVE tau :). .Ibu jari saya ni bertulang tapi takder sendi untuk nak bengkok..korang ingat lagi tak masa umur 12 tahun dahulu kita kena buat IC yang gambar hitam putih tu? Dekat bahagian belakang IC tu kita kena cap kedua-dua belah ibu jari. Ibu jari kiri saya normal, kanan istimewa.. so bila dah siap IC tu, Pegawai Jabatan Pendaftaran cakap kat saya, "adik, kalau saya tengok sekali imbas kan nampak macam huruf I (ibu jari kiri), bentuk love (ibu jari kanan)..jadinya I LOVE ..... hahaha...saya gelak jela.

Tu belum orang-orang lain yang saya jumpa sepanjang hidup..Bila diaorang perasan jari saya ni lain dari yang lain, syok pula pakat-pakat minta saya bagi nombor. nak pi tikam kot2 boleh menang hadiah.. kata mereka jari saya ni banyak ONG!! (rakan-rakan non muslim la ni)...adoi..memang sabar jela...kikiki

Bila saya dah reveal kat sini, maka dah ramai la yang tahu :)


Fakta #2

Saya tak makan sayur tapi bukan semua sayur yer..saya tak makan sayur yang  berwarna HIJAU kecuali Brokoli, Saleri, Asparagus dan Salad. Bunyi macam pelik kan? Ini la saya yang sebenarnya. Rasa dari kecil dulu mama jamu je segala jenis sayur dan saya makan je semua tu. Tapi ntah kenapa bila dah mula masuk darjah satu, saya jadi xlalu nak telan semua jenis sayuran hijau terutamanya jenis berdaun. Kalau dalam pinggan makan saya ada sayuran ini, saya akan ambil masa untuk asingkan ke tepi pinggan :).. dah setel baru saya mula makan makanan. Kebiasaannya bila makan di kedai, saya tanpa teragak-agak akan order apa saja hidangan seperti Nasi Goreng, Bihun Ladna, Keowtiow Kungfu tapi TAKNAK sayur warna hijau kat dalam tu nanti,.sayur warna lain takpe, saya nak..cili padi potong warna hijau lak wajib ada!




nak makan sayur pun saya memilih juga :)



Fakta #3

Rasanya orang -orang yang rapat dengan saya tahu tentang fakta ke3 ini. Saya adalah Hantu Cili Padi. Bila sebut pasal ni, sudah tentulah saya sangat suka makan makanan yang pedas2 ternganga. Lagi pedas, lagi saya suka. Saya tak boleh hidup tanpa cilli padi. Hinggakan masa pergi training kat Jepun dan India dulu pun, memang saya siap-siap bawa bekal untuk stok makan kat sana. Makan maggi pun mesti pedas hokay. Tanpa cili padi, rasa makanan saya takder umpphh la...hahaha




Pengedar Shaklee Putrajaya
saya suka sambil makan sambil kunyah cili...nikmat tu!




Okla..Ini sahaja Cabaran 7 hari entry: 3 fakta menarik tentang saya. Rasa dah macam pelik je ni bukan menarik lagi dah..hahaha. Mula2 nak tulis macam takde idea tapi bila dah start menulis baru sedar banyak rupanya tentang saya ni. Hehehehe


Jumpa lagi nanti untuk cabaran  hari ke 2 :)

========================================================================

Nak dapatkan apa saja produk Shaklee? Hubungi saya, 

 

Puan Fazni Muhamad Puad

019-2667817 
COD di kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Puncak Jalil, Equine Park, Lestari Perdana, Dengkil, Sepang.
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!

1:46:00 AM Share:
About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

6 comments:

  1. lagi satu fakta tak der...tak makan daging...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..tu la kan..aku mmg xmakan daging...kena tambah fakta ni

      Delete
  2. fani, pernah kudap cili depan tv? kalao pernah baru ai panggil u hantu cili... hahahha sbb ade kawan crita milnya hantu cili padi sampai dok depan tv pun kunyah cili padi mcm makan kerepek

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aiii...biar benar? itu bukan hantu tu tapi jembalang cili namanya...kikiki

      Delete
  3. sayur hijau tak makan..cili padi hijau makan tak?hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cili padi hijau feveret..kalau buat sambal belacan, memang request kat mama nak cili hijau je dalam tu..kaler merah xmo..kikiki

      Delete

Get updates in your email box
Complete the form below, and we'll send you the best coupons.

Deliver via FeedBurner
Proudly Powered by Blogger.
back to top