Wednesday, June 11, 2014

Pengedar Shaklee Putrajaya : Kolesterol Bagus Vs Kolesterol Tak Bagus dan Cara Merawatnya

Posted by DazzlingVitamin  |  No comments

Apakah Itu Kolesterol?

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol Jahat, Kolesterol Baik:

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Bagaimana Serangan Jantung Boleh Berlaku?

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.




 
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Partikel kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh partikel kolesterol LDL.



 
Credit : e-kesihatan.blogspot.com

 
Siapa yang berisiko untuk mendapat kolesterol tinggi?

♥Usia yang melepasi 25 tahun
♥Mempunyai ahli keluarga yang memiliki sejarah kesihatan berkaitan jantung
♥Kelenjar tiroid yang kurang aktif
♥Pengambilan makanan manis yang berlebihan dalam satu-satu masa
♥Pengambilan makanan yang berlemak
♥Pengambilan makanan yang berkolestrol tinggi
♥Wanita yang telah menopause
♥Seringkali mengalami tekanan emosi
♥Kurang aktiviti senaman

Cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kolesterol.

Menukar gaya hidup dan pola pemakanan kadangkala dilihat cukup baik untuk mengurangkan kadar kolesterol ke tahap baik. Namun begitu usaha ini juga perlu  disertakan dengan pengambilan ubat-ubatan.

Dari segi pemakanan pula :

★Pengambilan lemak tepu (daging, makanan berasaskan susu, minyak kelapa, santan, dsb) hendaklah dikurangkan.
★Lebihkan pengambilan makanan yang tinggi dengan kandungan serat (fibre) seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dsb.
★Gantikan pengambilan susu biasa (full cream) dengan susu rendah lemak atau susu tanpa lemak.
★Lebihkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak asid tidak tepu (mono- dan poly-unsaturated fatty acids).

Gaya hidup :

★Senaman yang mencukupi meningkatkan kandungan HDL
★Hentikan pengambilan alkohol
★Hentikan tabiat merokok

Ada ke produk yang boleh membantu mengurangkan paras kolestrol dengan lebih mudah dan berkesan?
Memperkenalkan produk terbaru, Phytosal ST dari Shaklee. Berkesan untuk menurunkan paras  Kolesterol secara semula jadi.
Pengedar Shaklee Putrajaya, rendahkan kolestrol, kolestrol tinggi




Apa itu PHYTOCOL ST??
  
PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL


KELEBIHANNYA..

Fitosterol

Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin

☆Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.

☆Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian

☆Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

☆Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.

 

Dapatkan produk ini hari ini sebelum terlambat! Hubungi saya:

 
Puan Fazni Muhamad Puad
019-2667817 
COD di kawasan Putrajaya, Dengkil, Sepang
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!

 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

7:30:00 AM Share:
About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

Proudly Powered by Blogger.
back to top